fbpx

Masalah kelainan gigi, anak Che Ta jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres dan usahawan, Rozita Che Wan memaklumkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana selamat menjalani pembedahan dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth berikutan kelainan pada gigi, hari ini.

Katanya, prosedur membuang gigi lebih pada bahagian tengah yang dikatakan kes jarang terjadi itu memerlukan Aaisyah banyak berehat sebelum dibenarkan pulang.

“Memang sejak beberapa bulan lalu, dia kerap mengadu mengenai rasa tidak selesa yang didakwa pada bahagian giginya.

“Selepas pemeriksaan pakar di Global Doctors di Mont Kiara, doktor mengenalpasti kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.

“Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu secara puratanya di dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus saja kes seumpama itu.

“Jadi saya dan suami ambil keputusan untuk anak kami itu melakukan pembedahan supaya dia dapat kembali menjalani hidup selesa tanpa masalah sama lagi,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Kongsi pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu lagi, pembedahan berkenaan perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.

“Masa melakukan CT Scan (Imbasan CT) baru-baru ini, baharu nampak keadaan sebenar selepas selama ini kita kurang pasti tentang masalah dilalui Aaisyah,” katanya lagi.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur kerana Aaisyah bakal menyambut ulang tahun ke sembilan pada November depan miliki semangat yang kuat.

“Alhamdulilah segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih kepada yang bertanya khabar serta mesej termasuk peminat dan rakan artis yang tak sempat dibalas.

“Terima kasih atas doa yang tak putus-putus. Semoga doa yang baik-baik ini berbalik kepada anda semua,” luah isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu.

Terdahulu, hantaran Instagram Rozita atau mesra disapa Che Ta yang memuat naik beberapa keping gambar puterinya berada di wad hospital, pagi tadi mengundang kebimbangan ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI