fbpx

N. Sembilan, Kuching FA risik Irfan Bakti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim menyuarakan hasratnya untuk kembali membimbing pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjelang saingan musim baharu.

Pengendali berusia 69 tahun itu mengakui, setakat ini dua pa­sukan Liga Premier iaitu Negeri Sembilan dan Kuching FA sudah menghubungi serta mengadakan perbincangan dengannya.

Bagaimanapun, Irfan menegaskan, ia hanya perbincangan biasa dan belum ada keputusan dibuat, namun beliau mengakui pertemuan dengan Negeri Sembilan menunjukkan perkemba­ngan positif.

“Saya sentiasa ikuti perkembangan bola sepak Malaysia dan luar negara, jadi kemahuan itu sentiasa ada. Insya-Allah, saya mahu melatih pasukan untuk tempoh dua tahun lagi sebelum berehat.

“Setakat ini hanya dua pasukan menghubungi saya iaitu Ne­geri Sembilan dan Kuching FA. Beberapa hari lalu, saya ke Negeri Sembilan untuk berbincang dan hasilnya positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Irfan yang merupakan jurulatih terbaik kebangsaan 2011 berkata, beliau sedia membawa Negeri Sembilan ke saingan Liga Super sekiranya pihak pengurusan skuad Sang Rusa membe­rinya peluang.

“Semasa pertemuan dengan pegawai pasukan Negeri Sembilan, saya sudah beritahu matlamat untuk bawa pasukan itu layak ke Liga Super sekiranya diberikan peluang.

“Sementara itu, Kuching FA juga ada jemput saya ke sana dua bulan lalu untuk menonton perlawanan dan berbincang. Saya tidak kisah pasukan mana, asalkan dapat kembali ke bidang kejurulatihan sebelum mengundurkan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI