fbpx

10 ahli sindiket dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHABUDIN (tengah) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis sekali lagi berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah selepas menahan 10 lelaki termasuk dalang utama dalam beberapa serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Perak selama dua hari mulai Ahad lalu.

Suspek terdiri lelaki tempatan berusia 20 hingga 49 tahun itu diberkas dalam operasi khas yang dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang dan Perak bermula pukul 5 petang.

Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, tangkapan dijalankan selepas penahanan dua lelaki di lokasi pertama di kawasan perumahan kondominium di Batu Uban di sini.

Menurutnya, susulan penangkapan suspek berusia 33 dan 40 itu telah membawa kepada pembongkaran sebuah makmal mini memproses dadah heroin.

“Hasil soal siasat ke atas salah seorang suspek terbabit membawa kepada tangkapan sembilan lagi ahli sindiket termasuk dalang berusia 38 tahun di lokasi berasingan di Air Itam, Simpang Ampat dan Bukit Gantang serta di sebuah rumah di Ipoh, Perak.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut menemui sejumlah dadah jenis heroin, pil esktasi dan syabu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM177,210,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut disita adalah tujuh buah kenderaan, wang tunai dan barangan kemas dengan nilai RM409,330. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM586,540.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua suspek lelaki positif dadah jenis Opiat manakala hanya seorang daripada mereka tiada sebarang rekod jenayah lampau,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI