fbpx

Lori gagal seludup masuk rokok putih RM1. 94 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zaleha Mohd. Said (kanan) menunjukkan rokok yang dirampas dalam sidang akhbar di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lebuh Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka merampas rokok bernilai RM1.94 juta yang cuba diseludup masuk menggunakan sebuah lori di Kota, Rembau, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Dalam operasi pada pukul 4 pagi itu, turut ditahan adalah pemandu lori seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Pengarahnya, Siti Zaleha Mohd. Said berkata, lori tersebut ditahan selepas dikesan mencurigakan dengan melalui jalan sunyi tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan 260 kotak rokok putih yang dianggarkan bernilai RM208,000 dengan nilai cukai kira-kira RM1.73 juta.

“Rokok itu disyaki dibawa masuk secara haram dari negara jiran, namun kita masih menyiasat ke mana destinasi dituju tetapi berdasarkan maklumat kita percaya rokok itu untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, semakan lanjut pendaftaran lori tersebut mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat yang beralamat di Johor.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah seksyen itu.

Sabit kesalahan pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang kes atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang kes atau RM 500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 kerana mengangkut, memindah atau menguruskan apa-apa barang berduti dengan niat memfrod kerajaan dengan disedarinya.

“Hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen itu adalah sama dari segi nilai dan tempohnya seperti hukuman di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan membabitkan rokok adalah sebanyak RM11. 3 juta membabitkan 92 kes direkodkan sepanjang tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI