fbpx

Dominasi DCL julang Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN (kiri) terus dahagakan jaringan apabila meledak dua gol ketika Everton menewaskan Fulham kelmarin. – AFP

LONDON – Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin (DCL) meneruskan aksi cemerlang pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila meledak dua gol ketika menewaskan Fulham 3-2 di Craven Cottage malam kelmarin.

Kepulangan Richarlison dalam kesebelasan utama ­nyata menyuntik semangat pemain-pemain The Toffees apabila mereka menampilkan aksi yang lebih baik.

Selain Calvert-Lewin, Abdoulaye Docoure turut men­cetak nama selaku penjaring, sementara gol Fulham dija­ringkan Booby Reid dan Ruben Loftus-Cheek.

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti menghamburkan pujian terhadap Calvert-Lewin selain percaya pemainnya itu mampu menjadi penjaring terbanyak musim ini.

“Dia (Calvert-Lewin) menampilkan aksi yang sangat baik setakat ini. Secara jujur, saya langsung tidak jangka dia mampu bermain dengan konsisten seperti ini.

“Tidak ada cara lain untuk memenangi Kasut Emas, iaitu dia perlu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Jika dia bermain dengan konsisten, ia boleh beri kelebihan kepada pasukan,” kata Ancelotti.

Bagaimanapun, The Toffees perlu bersedia mengharungi aksi sukar Disember nanti apabila dijadualkan bertemu Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Manchester City.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI