fbpx

Broker projek direman rasuah RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Broker projek yang direman enam hari bagi membantu siasatan rasuah RM200,000.

SHAH ALAM – Seorang broker projek direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM200,000, bagi mendapatkan projek syarikat minyak dan gas, dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Norliza Hussin di Mahkamah Shah Alam selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pagi tadi.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 46 tahun itu hadir pukul 9 pagi di Kompleks Mahkamah Shah Alam dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari serta dikawal pegawai SPRM.

Menurut sumber, suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor pukul 2.30 petang selepas hadir memberikan keterangan.

“Difahamkan suspek yang kini merupakan penganggur telah meminta wang rasuah bernilai RM200,000 mewakili bapa saudaranya yang merupakan naib presiden sebuah anak syarikat minyak dan gas.

“Wang tersebut sebagai balasan membantu mendapatkan projek pemasangan paip gas di Pantai Timur,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, di mahkamah sama, SPRM turut mendapat perintah reman empat hari terhadap seorang lelaki kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang juga dikeluarkan Norliza.

Suspek berusia 59 tahun ditahan SPRM daerah Klang pukul 4.30 petang di pusat kurungan haiwan PBT terbabit.

“Suspek bertugas di Unit Kandang Anjing di PBT it disyaki meminta wang rasuah RM200 daripada seorang individu sebagai balasan melepaskan dua ekor anjing yang ditangkap kerana berkeliaran di tempat awam, November lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” kata sumber sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI