fbpx

Tiada majlis kahwin, tunang, resepsi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menetapkan sebarang penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jheaik, Tengku Kamaruddin Tengku Alias, berkata, surat makluman itu dikeluarkan oleh Jaheaik menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga yang berkuatkuasa kelmarin sehingga 6 Disember depan.

Katanya, selain itu, kursus pra perkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalui secara dalam talian.

“Majlis akad nikah dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan syarat-syarat tertentu iaitu dijalankan di premis persendirian, masjid atau surau.

“Selain itu, majlis akad nikah hanya boleh dihadiri oleh 20 individu termasuk seorang jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, seorang wali dan dua orang saksi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Tengku Kamaruddin , sebarang arahan atau keperluan tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh ketika dihubungi Kosmo!, mengesahkan arahan tersebut telah dikeluarkan oleh jabatan itu semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI