fbpx
HAALAND dinobat sebagai pemenang selepas prestasi dan kecemerlangan yang dipamernya sepanjang musim ini. – AFP

Anugerah Budak Emas 2020 milik Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND – Bintang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Budak Emas 2020 berdasarkan kecemerlangannya sepanjang tahun ini.

Penyerang berusia 20 tahun itu berjaya menewaskan pencabar-pencabar terdekat seperti rakan sepasukannya, Jadon Sancho, pemenang Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich, Alphonso Davies dan bintang muda sensasi Barcelona, Ansu Fati.

Kejayaan itu menyaksikan Haaland kini menyertai senarai pemenang-pemenang terdahulu seperti bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe yang memenanginya sewaktu edisi 2017, bek tengah Juventus, Matthijs de Ligt (2018) dan penyerang Atletico Madrid, Joao Felix pada tahun lalu.

Anugerah itu membuktikan pelaburan Dortmund membeli Haaland dengan yuran perpindahan bernilai €20 juta (RM97.05 juta) daripada jaguh Austria, RB Salzburg pada Januari lalu ter­nyata sangat berbaloi.

Sebagai rekod, Haaland sudah berjaya menjaringkan 16 gol daripada 18 penampilan dalam semua kejohanan bersama Dortmund walaupun sempat beraksi setengah musim sahaja bersama Dortmund pada 2019-2020.

Ketajaman penyudah itu dibuktikan sekali lagi apabila anak kepada legenda Norway, Alf Inge Haaland tersebut kini sudah mengumpul 11 gol daripada 11 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Bundesliga dan Liga Juara-Juara musim ini bersama Dortmund.

Ia sekali gus menghidupkan semula spekulasi perpindahan mengaitkan bintang skuad antarabangsa Norway itu dengan pasukan gergasi Eropah seperti juara Sepanyol, Real Madrid dan jaguh Liga Perdana Inggeris, Manchester United. – AGENSI

BERITA BERKAITAN