fbpx

Ancelotti tak sanggup Everton kalah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI tidak ada pilihan kecuali memastikan Everton meraih kemenangan menentang Fulham selepas tewas tiga aksi sebelum ini. - AFP

EVERTON – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti berharap skuad kendaliannya mampu menunjukkan kebangkitan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham di Craven Cottage malam ini.

The Toffees mengalami tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini sehingga menyebabkan mereka terkeluar daripada kelompok empat teratas dan menghuni tangga ketujuh.

Bagaimanapun, Ancelotti mengakui mereka berada dalam keadaan tertekan menjelang perlawanan itu meskipun berdepan Fulham yang hanya melakar satu kemenangan musim ini.

“Saya tahu Fulham tidak bermula baik pada musim ini, namun saya percaya perlawanan itu akan menjadi satu aksi sukar kerana kami sudah kalah tiga perlawanan sebelum ini.

“Sudah tentu saya mahu pemain-pemain tunjukkan respon pada perlawanan tersebut. Kami mahukan kemenangan bagi me­ningkatkan keyakinan semua pemain,” kata Ancelotti.

Pada masa sama, beliau turut meluahkan kelegaan apabila perlawanan menentang Fulham diubah ke Ahad, sekali gus membolehkan pemain-pemainnya berehat.

“Sudah tentu perubahan masa perlawanan beri satu kelegaan kepada kami kerana pemain-pemain boleh mendapatkan lebih rehat.

“Ada diantara pemain kami yang baru pulang daripada tugasan antarabangsa dan masih keletihan serta berdepan masalah kecergasan.

“Ini memberi peluang buat kami untuk lakukan persiapan yang lebih rapi dengan masa yang ada,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI