fbpx

Ambil semangat PRK Semenyih tawan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (empat dari kiri) bersama semua penerima bantuan itu di Kampung Seri Hang Tuah, Bestari Jaya, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Muafakat Nasional (MN) Selangor akan mengambil semangat Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam menawan semula negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini termasuk dalam menarik pengundi bukan Melayu sekurang-kurangnya 20 peratus dan mengekalkan 51 peratus pengundi Melayu untuk menyokong MN.

“Siapa sangka kalau diambil kira PRU-14 lalu, undi diperoleh UMNO dan Pas sekiranya bercampur sekalipun akan kalah dengan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Ini langkah Semenyih yang mesti diterapkan bagi meraih pengundi di Selangor nanti,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan Covid-19 kepada penduduk di Kampung Seri Hang Tuah, Bestari Jaya di sini hari ini.

Pada PRK DUN Semenyih Mac tahun lalu, Barisan Nasional menerusi calonnya, Zakaria Hanafi menang selepas meraih 19,780 undi menewaskan PH (17,866) Parti Sosialis Malaysia (847) dan Bebas ( 725 ).

Menurut Noh, pihaknya sedar dalam memastikan kemenangan PRU di Selangor khususnya harus mengelakkan pertembungan bersama Pas.

“Kajian salah satu punca UMNO kalah teruk adalah undi orang Melayu yang mempunyai 51 peratus berpecah tiga termasuk kepada PH.

“Kami insaf dan sedar bahawa sudah sampai masanya pengundi Melayu tidak boleh berpecah selain meraih undi daripada bukan Melayu,” katanya.

Mengulas mengenai bantuan tersebut, Noh yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang menegaskan pihaknya akan menjelajah 100 kampung di Tanjong Karang dalam memberikan sumbangan kepada 9,000 penduduk terkesan Covid-19 terutama Ibu tunggal, keluarga pesakit kronik dan asnaf.

Terdahulu dalam program sama, beliau turut menerima permohonan memasuki UMNO daripada Bekas Ketua Bahagian Bersatu Tanjong Karang, Mohd. Azmil Misman dan Ketua Srikandi Bahagian Tanjong Karang, Hanisa Rojil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI