fbpx

4,320 diarah berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 4,320 kenderaan diarah berpatah balik selepas didapati tidak memiliki surat kebenaran rentas sempadan sepanjang lapan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor.

Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 12 November lalu sehingga semalam, kesalahan itu paling banyak dikesan ketika musim perayaan Hari Deepavali.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, pihaknya melaksanakan sebanyak 71 sekatan jalan raya (SJR) di semua susur keluar dan masuk lebuh raya di negeri ini.

“Sepanjang tempoh lapan hari itu, kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebanyak 594,769 kenderaan.

“Pun begitu, sebanyak 4,320 kenderaan diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas sempadan atau negeri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Ujar beliau, pihaknya turut menerima sebanyak 66,776 borang permohonan pergerakan sepanjang tempoh berkenaan dengan 2,249 permohonan ditolak dengan pelbagai alasan tidak munasabah seperti ziarah dan menghadiri kenduri.

Tambah Muhammad Yazid, pihaknya turut menubuhkan sebanyak 483 pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 melibatkan 2,433 anggota polis selain dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI