fbpx

Pemancing temui lelaki tergantung pada pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tergantung pada pokok di tepi Sungai Petagas, Kampung Sri Tanjung, berhampiran Mas Kargo.

KOTA KINABALU – Sekumpulan pemancing gempar apabila melihat mayat seorang lelaki tergantung di sebatang pokok di tepi Sungai Petagas, Kampung Sri Tanjung, berhampiran Mas Kargo semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, kumpulan pemancing berkenaan dikatakan mencari umpan di kawasan itu, namun berasa pelik seperti terdapat seorang lelaki sedang memerhatikan mereka.

Bagaimanapun, kumpulan pemancing terbabit terkejut apabila melihat mayat lelaki tergantung pada pokok sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota dan pegawai diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Siasatan awal mendapati lelaki tanpa identiti itu dipercayai membunuh diri sebelum ditemui tergantung di dahan pokok di tepi sungai berkenaan.

“Pemeriksaan turut mendapati, kejadian dipercayai baru berlaku dan lelaki terbabit menggantung diri menggunakan tali yang diikat pada pokok,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah ditemui, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI