fbpx

Kelantan FC perlu suntik DNA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIZAM bertindak awal merombak skuad TRW besar-besaran sebagai langkah memperkasakan pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman mahu menyuntik DNA baharu ke dalam skuad The Red Warriors (TRW) dengan mela­kukan rombakan dalam usaha memperkasakan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Langkah yang diambil oleh pakar pelaburan dan usahawan burger itu dalam rombakan besar-besaran adalah menamatkan kontrak ketua jurulatih TRW, Yusri Che Lah bersama tiga pembantunya Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood dan Ismail Chawalit Abu Bakar.

Norizam berkata, meskipun perubahan itu kelihatan drastik, namun Kelantan FC perlu berani jika mahu memburu salah satu slot ke Liga Super selain berhasrat mahu mendakap kejuaraan musim hadapan.

“DNA baharu ini sangat pen­ting kerana saya mahu membentuk pasukan menggunakan acuan sendiri yang mempunyai mentaliti semangat waja untuk memburu kejuaraan.

“Sebagai langkah awal, saya akan mencari barisan kejurulatihan terbaik untuk memastikan Kelantan FC berjaya dibentuk nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Norizam berkata, setakat ini Kelantan FC sudah menerima permohonan jurulatih dari Sepanyol, Hungary, German dan beberapa lagi negara untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengendali utama pasukan.

Katanya, selain itu Kelantan FC turut menerima permohonan daripada beberapa jurulatih tempatan bagi jawatan tersebut.

“Apa yang penting, saya mahu jurulatih itu ada pengalaman dan dapat bekerjasama dengan semua pemain dan pengurusan dalam membentuk sebuah pasukan mantap.

“Bukan itu sahaja, saya juga mahu jurulatih yang mampu menerapkan mentaliti menja­ringkan gol dan meraih kemenangan. Mentaliti bertahan turut diperlukan supaya Kelantan FC tidak mudah dibolosi oleh pihak lawan,” ujarnya.

Norizam berkata, bola sepak hari ini lebih menerapkan aspek kepantasan, kebijaksanaan untuk menjaringkan gol bagi meraih kemenangan dan bijak meme­rangkap pasukan lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI