fbpx

1,290 kes baharu, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes baharu kembali kepada empat digit dengan 1,290 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 51,680 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat empat kes kematian dilaporkan di Johor, Sabah dan Perak melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki menjadikan sebanyak 326 kes kematian Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Kesemuanya berusia antara 29 hingga 62 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang; Hospital Duchess of Kent; Hospital Lahad Datu dan Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, selain itu, sebanyak 878 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih Covid-19 di seluruh negara sebanyak 38,132 kes.

Ujarnya, terdapat 110 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 37 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI