fbpx

LRA Rantau Panjang henti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LRA Rantau Panjang

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas petang tadi susulan pencemaran bau seakan bahan pelarut di muka sauk LRA berkenaan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, henti tugas LRA itu dilakukan pukul 7.10 petang tadi selepas 10 minit mengesan pencemaran tersebut.

“Bacaan pencemaran itu adalah pada paras 1 ton.

“LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan serta tindakan-tindakan mitigasi segera,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada Air Selangor berhubung jumlah pengguna terjejas akibat henti tugas itu.

Sementara itu, henti tugas itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengguna di laman rasmi Facebook LUAS yang jelas akibat pencemaran itu.

Seorang pengguna Boboy Abd. Nasir dalam sindiran meminta pihak berkuasa memberikan jadual gangguan bagi memudahkan orang awam bersedia menghadapinya.

“Tolong tandakan tarikh-tarikh gangguan untuk bulan ini supaya senang kami siap sedia hadapi masalah yang takkan ada kesudahannya..,” katanya.

Antara komen yang dilontarkan pengguna laman media sosial

Malah seorang lagi pengguna, Siti Asmaul Husna memberikan respon “Kahkahkah.. air simpan hari tu tidak guna lagi, macam tahu saja ada masalah air lagi minggu ni.. tiap-tiap minggu tadah air senang aku bersalin nanti, banyak bergerak kan,” sindirnya.

Pada 10 November lalu, LRA Rantau Panjang antara empat LRA terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau bahan pelarut.

Penutupan itu disebabkan tindakan sebuah premis penstoran yang membuang sisa industri menerusi lurang kumbahannya sehingga memasuki Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium di Taman Velox sebelum mengalir ke Sungai Selangor. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI