fbpx

Vettel akui Hamilton hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON meraih kejuaraan dunia buat kali ketujuh selepas menjuarai perlumbaan GP Turki di Istanbul Park kelmarin. – AFP

ISTANBUL – Sebastian Vettel memberi pujian kepada rakan dan seteru utamanya, Lewis Hamilton selepas muncul selaku pelumba terhebat dalam era ini apabila pelumba Britain itu mengesahkan Kejuaraan Dunia ketujuh Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Turki kelmarin.

Pelumba Ferrari, Vettel masih menggangap Michael Schuma­cher memegang gelaran pelumba terbaik dunia, namun tetap memuji Hamilton kerana berjaya menyamai rekod rakan senegaranya dari Jerman dalam kejuaraan itu.

Hasil kemenangan tersebut, Hamilton kini telah meraih 93 kemenangan grand prix dan gelaran ketujuh F1 sekali gus menjadi antara pelumba terhebat sepanjang zaman selepas Schumacher.

“Dia (Hamilton) merupakan pelumba terhebat dalam era kami. Saya fikir memang sukar untuk membuat pembandingan. Bagaimana, anda boleh membuat pembandingan (Juan Manuel) Fangio atau Stirling Moss dengan generasi kami, sudah tentu tidak.

“Bagi saya setiap era mempunyai pelumba berbakat dan Hamilton sememangnya merupakan pelumba terhebat dalam era kami,” kata Vettel, yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Istanbul.

Vettel yang meraih empat gelaran dunia antara tahun 2010 dan 2013 bersama Red Bull mengakui sukar untuk menyamai pencapaian bintang Jerman, Schumacher yang merangkul gelarannya pada 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004.

“Bagi saya tentu saja Schumacher selalu menjadi pelumba terhebat tetapi kejayaan yang dicapai Hamilton tidak boleh diragui.

“Dia menyamai rekod Schumacher dan jumlah kemenangan grand prix yang banyak. Jadi, Hamil­ton merupakan pelumba terbaik dalam era ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI