fbpx

Suspek pencemaran sungai disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek wanita (depan) disambung reman sehari manakala tiga lagi lelaki (belakang) disambung reman enam hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

SELAYANG – Seorang wanita direman sehari lagi manakala tiga lagi lelaki disambung reman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pencemaran bau bahan pelarut di Sungai Selangor minggu lalu.

Perintah tahanan lanjutan reman satu hari bermula esok sehingga Khamis ini bagi suspek wanita dan enam hari bagi tiga lagi suspek lelaki sehingga Isnin depan itu, dikeluarkan oleh Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Keempat-empat suspek berusia 33 hingga 43 tahun yang direman itu dua daripadanya dipercayai pengarah syarikat seorang lelaki dan seorang wanita manakala dua lagi lelaki salah seorang seorangnya warganegara Bangladesh.

Sebelum ini, mereka telah direman selama tujuh hari bermula 11 November lalu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu polis Selangor menahan empat individu itu yang dipercayai terbabit dalam kes kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan lebih 1.1 juta pengguna akaun melibatkan 1,279 kawasan bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang

Kawasan tersebut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pencemaran di muka sauk LRA Rantau Panjang dikesan pada tahap 8 ton manakala LRA Sungai Selangor bagi Fasa 1,2 dan 3 adalah 4 ton.

Kejadian itu adalah yang ketiga berturut-turut berlaku dalam tempoh tiga bulan bermula September lalu yang mengakibatkan henti tugas di LRA sama.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI