fbpx

Sembunyi di hotel selepas bakar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal milik seorang wanita yang dibakar suspek.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki bersembunyi di bilik hotel selepas membakar dua motosikal milik penghuni pangsapuri Sri Ara, Damansara di sini tidak bertahan lama selepas dia diberkas polis semalam.

Suspek berusia 24 tahun itu diberkas pada pukul 3.30 petang di sebuah hotel di Seksyen U3, Shah Alam selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 12.45 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kita terima laporan daripada mangsa wanita berusia 28 tahun berhubung motosikal jenis Honda EX-5 miliknya dibakar.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan khianat menggunakan api di pangsapuri berkenaan.

“Semakan lanjut juga mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, motif suspek bertindak sedemikian masih dalam sisasatan.

“Suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI