fbpx

Peluang pekerjaan dalam sektor binaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19 diminta menghubungi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi menyertai program latihan kemahiran dan penempatan pekerja yang disediakan oleh CIDB.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melalui program itu, mereka yang sebelum ini bekerja di luar sektor pembinaan akan diberi latihan ‘reskill’ (latihan semula) serta ‘upskill’ (peningkatan kemahiran) dalam bidang tersebut.

“Mereka akan ditempatkan di Akademi Binaan Malaysia (ABM). Mereka akan ditempatkan di sektor pembinaan selama tiga bulan.

“Sehingga kini seramai 289 telah dilatih dan ditempatkan kerja,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai latihan kepada mereka yang hilang pekerjaan di luar sektor pembinaan.

Terdahulu, Fadillah menerangkan, kesemua enam ABM di bawah seliaan CIDB telah melatih seramai 146,746 belia dan 274,555 personel binaan dalam pelbagai bidang kemahiran sejak ia ditubuhkan pada 1997.

Menurut beliau, latihan dalam industri binaan di bawah ABM adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerja tempatan.

Jelas beliau, ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing khususnya dalam sektor tersebut.

Tambah beliau, sektor binaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor separa mahir dan mahir kepada rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI