fbpx

Neitzel jurulatih baharu Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEITZEL mahu mengembalikan keyakinan penyokong setia skuad Gergasi Merah kerana percaya skuad bimbingannya memiliki barisan pemain berkualiti bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

SEPERTI dijangka, Selangor bakal menerapkan ‘DNA’ bola sepak Jerman sepenuhnya selepas sah menandatangani khid­mat ketua jurulatih baharu, Karsten Neitzel bermula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Neitzel telah dipilih untuk mengisi posisi ketua jurulatih Gergasi Merah yang telah dikosongkan selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk memecat pe­ngendali veteran, B. Sathiananthan pada September lepas.

Kata Neitzel, tugas selaku ketua jurulatih pasukan Selangor memberikan tanggungjawab serta cabaran cukub besar kepada dirinya secara peribadi terutama untuk mengembalikan keyakinan penyokong setia skuad Merah Kuning.

“Saya mempunyai keyakinan dengan pasukan utama dan telah menonton banyak perlawanan melibatkan Selangor dan saya fikir kita mempunyai barisan pemain yang mempunyai kualiti cukup baik.

“Mereka mempunyai potensi yang bagus. Contohnya pemain muda kami seperti Aliff Haiqal, Ahmad Zikri, Shahrul Nazeem Zulpakar dan Ahmad Danial sebagai penyerang.

“Seperti penyokong, saya juga dahagakan kejayaan. Namun, penyokong perlu tahu apa yang pa­sukan sedang lakukan dan perlu faham falsafah kami. Antara proses yang perlu diperbaiki adalah cara pasukan bermain dan ia memakan masa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Tek­nikal Selangor, Michael Feichtenbeiner percaya Karsten merupakan individu yang tepat untuk membawa Selangor ke peringkat lebih tinggi.

“Saya cukup mengenali ­Neitzel kerana beliau merupakan bekas pemain saya dan ia adalah keputusan cukup mudah untuk me­lantik seseorang yang saya kenal sebagai ketua jurulatih.

“Kita ingin membina pasukan terbaik di Malaysia dan perlu melakukannya dengan cara kita yang tersendiri. Kita mungkin tidak dapat menarik minat pemain ternama untuk bermain bersama Selangor tetapi kita boleh cuba mencipta sebuah pasukan terbaik melalui gaya permainan dan program pembangunan kita,” katanya.

FAS dalam satu kenyataan turut mengesahkan jurulatih berusia 52 tahun itu sudah berada di Malaysia pada bulan lepas dan selesai menjalani proses kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI