fbpx

Kereta “terbang” kerana mengantuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dipandu seorang lelaki "terbang" melanggar pagar Japerun Ayer Molek di sini hari ini dipercayai kerana memandu dalam keadaan mengantuk.

MELAKA – Sebuah kereta jenis Mercedes S400 dipandu seorang ahli perniagaan “terbang” merempuh pagar bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek di sini hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 12.50 itu dipercayai berlaku kerana pemandu lelaki yang berusia 40 tahun memandu dalam keadaan mengantuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menghala ke Segamat, Johor untuk pulang ke rumahnya.

“Setiba di tempat kejadian, kereta jenis Mercedes S400 dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar pagar Japerun Ayer Molek.

“Kemalangan itu turut menyebabkan sebuah papan tanda tumbang dan terkena pada sebuah kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun telah dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil sampel darah bagi tujuan pengesanan kandungan alkohol dan dadah.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku kerana mangsa memandu dalam keadaan mengantuk.

“Siasatan masih diteruskan dan kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI