fbpx

Jenazah Hasbullah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Haris Helmi Hasbullah (empat dari kanan) mengimamkan solat jenazah bapanya di Masjid Jamek Gerik. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

GERIK – Jenzah Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang di sini kira-kira pada pukul 11.45 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediaman keluarganya di Kampung Ulu Kenderong di sini pada pukul 5.30 pagi dari Hospital Raub, Pahang.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Gerik pada pukul 10.30 pagi untuk disolatkan.

Solat jenazah diimamkan sendiri anak sulungnya, Mohd. Haris Helmi, 34, sebelum diiringi 300 individu ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang untuk disemadikan.

Antara pemimpin yang hadir ialah bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pada pukul 7 malam semalam akibat serangan jantung di Hospital Raub.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik meninggalkan dua isteri dan lapan anak yang berusia antara tiga bulan hingga 34 tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI