fbpx

Jacqueline Fernamdez si penggila kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACQUELINE FERNANDEZ

PELAKON jelita, Jacqueline Fernandez mengakui sangat gemar melakukan aktiviti menunggang kuda. Dia bahkan berasa kehidupannya tidak akan sempurna tanpa melakukan aktiviti tersebut pada setiap minggu.

Menerusi akaun Instagramnya, pelakon yang berasal dari Sri Lanka itu turut berkongsi foto-foto aktivitinya menunggang kuda.

Disebabkan kehandalannya menunggang kuda, potret manis pelakon filem Drive itu bersama kudanya pernah dijadikan penghias muka depan majalah terkenal, Harper’s Bazaar India.

“Aku telah menunggang kuda sejak kecil dan aktiviti itu telah menjadi rutin wajib aku setiap minggu.

“Tidak kira sama ada panas atau hujan, menunggang kuda memang satu aktiviti yang menyeronokkan,” katanya.

Jika mempunyai kelapangan, Jacqueline juga sering berkunjung ke ladang kuda milik pelakon, Salman Khan dan melakukan aktiviti menunggang kuda di sana.

Maka tidak hairanlah apabila pelakon wanita itu pernah memenangi gelaran Woman Of The Year oleh Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) 2014 kerana bergiat aktif sebagai pencinta haiwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI