fbpx

Fitnah polis dengan manipulasi kenyataan KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan Abdul Hamid dimanipulasi bagi mendatangkan tomahan kepada pihak polis.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan mesej berunsur fitnah terhadap polis dengan mengaitkan kenyataan pucuk utama pimpinan itu berhubung isu rombakan pegawai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mengesan laporan berita sebuah portal tempatan dimanipulasi dengan berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti pasukan beruniform itu.

“Berdasarkan laporan bertajuk rombakan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kerana ada polis bersekongkol dengan sindiket itu tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan asal saya.

“Tindakan pihak tersebut jelas sekali tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap pegawai polis malah ia turut memberi gambaran negatif terhadap laporan portal berkenaan yang mengeluarkan berita sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan satu jawatankuasa khas dibentuk oleh Jabatan Pengurusan Bukit Aman untuk menyaring semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Saringan itu bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di bahagian yang mudah terdedah kepada unsur penyelewengan membabitkan rasuah, mempunyai integriti yang tinggi sebelum layak untuk bertugas di bahagian berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya kini dalam proses menukarkan segelintir pegawai dan anggota dari D7 dan Narkotik yang disyaki mengambil kesempatan daripada sindiket tertentu atau penjenayah yang menjalankan kegiatan perjudian dan dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI