fbpx
RAHADIAZLI berusaha untuk tampil cemerlang sekali gus boleh membantu TFC untuk bersaing di pentas Piala AFC pada musim depan.

Rahadiazli teruja untuk beraksi di pentas Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENJAGA gol yang semakin meningkat naik, Rahadiazli Rahalim tidak sabar untuk beraksi di pentas Asia bersama Terengganu FC (TFC) pada musim depan.

Pelatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara itu berkata, selain aksi Liga Malaysia (Liga M), dia teruja untuk menghadapi cabaran Piala AFC yang melibatkan kelab-kelab gergasi di Asia.

Justeru, dia bersedia me­ngekalkan aksi terbaik sekali gus merebut posisi nombor satu dalam skuad Penyu selepas membuat enam penampilan musim ini.

“Pencapaian ini sangat membanggakan memandangkan mu­sim ini merupakan tahun pertama saya beraksi pada Liga Super dan layak pula ke Piala AFC.

“Peluang berentap dengan pasukan luar negara memberikan pengalaman baharu yang pastinya penting bagi saya untuk meningkatkan prestasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut penjaga gol tinggi lampai itu, walaupun bercita-cita menyarung jersi Harimau Malaya, namun fokusnya kini terarah untuk mengukuhkan kedudukan dalam skuad TFC.

Ujar Rahadiazli, kegagalan membantu pasukan negerinya merangkul kejuaraan liga selain musim ini yang berlangsung singkat menguatkan lagi sema­ngatnya untuk kembali dengan aksi konsisten pada masa depan.

“Saya masih lagi terikat de­ngan kontrak bersama TFC dan tidak ambil pusing sekiranya ada pasukan menghubungi majikan untuk mendapatkan khidmat saya.

“Untuk mendapat panggilan skuad senior negara juga bukan sasaran utama lagi setakat ini, sebaliknya saya mahu membawa pulang trofi untuk TFC.

“Itu menjadi misi dan fokus saya untuk musim 2021,” tambah penjaga gol yang bakatnya dikesan menerusi skuad Piala Presi­den Terengganu FC IV (TFC IV) itu.

POPULAR

BERITA BERKAITAN