fbpx

Penghantar air batu cuak terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengupil pintu lif bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap di dalam lif Blok G, Skudai Villa, di sini hari ini

JOHOR BAHRU – Seorang penghantar air batu berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam lif di Blok G, Skudai Villa, Jalan Aman, Taman Skudai Baru, petang tadi.

Dalam kejadian itu, lelaki warganegara Nepal berusia 24 itu dalam perjalanan turun daripada bangunan tersebut setelah menghantar air batu ke sebuah premis di sana.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan bangunan itu kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, sejurus panggilan diterima, pihaknya menggerakkan sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki
telah terperangkap di dalam lif bangunan enam tingkat itu.

“Mangsa dipercayai telah terperangkap di dalam lif kira-kira 15 minit di tingkat satu bangunan tersebut.

“PKO bertindak membuka pintu lif dengan menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa. Mangsa berjaya diselamatkan kira-kira 15 minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lif itu ditamatkan kira-kira pukul 4.30 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI