fbpx

Kos hanya RM400 ribu, Mael Totey pecah rekod kutip RM6.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHMI dan barisan pelakon filem Mael Totey.

PETALING JAYA – Filem Mael Totey The Movie memecah rekod apabila berjaya meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan menerusi Astro First.

Kejayaan tersebut sekali gus mendahului kutipan tertinggi menerusi Astro First secara keseluruhan yang sebelum ini didominasi filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).

Untuk rekod, pembikinan filem bintang YouTube, Syahmi Sazli itu hanya menelan kos RM400,000 yang ditanggungnya sendiri.

“RM6.4 juta dalam masa 24 hari gais! Tudia sampai geng Polis Evo dan Hantu Kak Limah pun bagi tanda sokongan dengan geng Mael Totey ini kerana berjaya pecah rekod filem No. 1 Astro First sepanjang masa! Terima kasih atas sokongan anda semua,” tulis Syahmi menerusi satu hantaran status di Instagram.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan tersebut merupakan satu sejarah dalam industri perfileman tanah air apabila sebuah filem karya seorang pengarah baharu yang sebelum ini hanya aktif dengan konten digital.

“Kini kutipan filem pertamanya, Mael Totey The Movie telah berjaya menandingi filem-filem pecah panggung Astro First.

“Pihak kami akan terus berusaha menerusi rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap yang lebih jauh, di samping menarik lagi minat orang ramai di luar sana untuk menontonnya,” kata Raja Jastina dalam satu kenyataan.

Mael Totey The Movie dibintangi Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid dan Kamarool Yusoff. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI