fbpx

Pusat latihan snuker, rumah tumpangan jadi mini kasino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan memeriksa cip yang digunakan dalam kegiatan judi dalam serbuan ke atas dua premis menjadikan mini kasino di Taman Sentosa, Johor Bahru, semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya membongkar dua premis yang dijadikan pusat perjudian mini kasino dalam dua serbuan berasingan di Taman Sentosa di sini semalam.

Dalam serbuan bermula pada pukul 12 tengah hari itu, turut ditahan 57 individu termasuk 17 wanita berusia antara 13 hingga 70 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan pertama dijalankan di Jalan Sentosa 2 ke atas sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat latihan snuker.

“Kita melakukan serbuan selepas mendapat maklumat daripada orang awam sebelum risikan dan siasatan dijalankan sejak minggu lalu.

“Pusat perjudian ini boleh dikatakan mini kasino, premis ini baru dua hari dibuka, tangkapan di sini seramai 24 suspek iaitu 19 lelaki dan lima wanita termasuk seorang warganegara Singapura,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam operasi berkenaan di Taman Sentosa di sini semalam.

Ayob Khan berkata, serbuan kedua pula dilakukan ke atas sebuah premis rumah tumpangan di Jalan Rusa yang juga diubah suai dijadikan mini kasino.

Jelasnya, seramai 33 tahi judi diberkas terdiri daripada 21 lelaki dewasa dan 12 wanita termasuk enam warga China dan seorang wanita Indonesia.

“Kedua-dua premis ini dilengkapi dan dikawal ketat dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kita percaya mereka beroperasi secara terancang.

“Polis juga percaya, sindiket judi berkenaan sebelum ini beroperasi di tempat lain dan mereka sering mengubah lokasi untuk elak dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI