fbpx

Misi penting Myra Natasya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGHORMATI bidang lakonan selepas menonton teater yang membuka matanya mengenai keunikan dunia seni.

Gadis berasal dari Selangor, Yusmyra Natasya Abdullah, 24, atau lebih dikenali sebagai Myra Natasya mempunyai misi tersendiri dalam dunia lakonan.

Walaupun masih baru dalam industri itu, bekas finalis program Dewi Remaja edisi 2019 tersebut mahu setiap lakonannya memberi impak mendalam ke atas penonton.

Model klip video lagu Sabar nyanyian Black Hanifah itu malah mahu setiap lakonannya mampu mengubah persepsi penonton tentang sesuatu perkara.

Myra Natasya setakat ini membintangi dua drama dan dua telemovie yang baru selesai menjalani pengambaran tahun ini.

Selain daripada bidang lakonan, gadis yang me­ngakui meminati filem genre komedi dan seram itu memendam misi menjadi juri sukan sorak di peringkat Asia.

Ikuti temu bual wartawan Kosmo! Ahad bersama Myra Natasya baru-baru ini:

Kosmo! Ahad: Sejak bila menceburi bidang lakonan?
Myra: Baru tahun ini. setelah tamat program Dewi Remaja.

Mengapa menceburi bidang lakonan?
Kerana minat. Saya menghormati seni lakonan selepas menonton teater.

Apakah drama dan kilp vi­deo yang telah dilakonkan?
Drama #Ohmynetizen dan Langkah Terakhir. Telemovie Sampai 7 Keturunan dan Cinta Millennium. Semua drama dan telemovie ini baru selesai pengambaran dan belum disiarkan. Saya pernah menjadi model klip video lagu Sabar oleh Black Hanifah dan lagu ‘iShy’ oleh Amir Hassan.

Apakah cabaran sebagai bintang baharu?
Cara berbicara dengan nada yang bersesuaian dengan situasi watak agar lebih menyakinkan.

Pengalaman paling menarik?
Teruja untuk masuk set dan belajar daripada semua orang termasuk pengarah, pelakon lain dan juga krew.

Sasaran dalam bidang lakonan?
Menginginkan watak yang mampu memberi impak mendalam sehingga mampu me­ngubah persepsi penonton tentang sesebuah perkara.

Bidang apa lagi yang ­diceburi?
Jurulatih sukan sorak yang mengajar atlet melakukan pergerakan extreme.

MYRA NATASYA ingin menjadi juri sukan sorak Asia pada suatu hari nanti.

Sejak bila aktif?
Pada tahun 2014. Pasukan saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (3) menjadi juara di Singapura pada 2019.

Mengapa jadi jurulatih sukan sorak?
Sukan sorak membentuk saya menjadi seorang yang berani, berdisiplin dan positif.

Berapa ramai atlet telah dilatih?
Seramai 92 atlet telah mendaftar untuk menjadi anak didik saya.

Bagaimana anda membahagikan masa?
Jika saya sibuk, pembantu saya akan mengambil alih kelas sorak.

Perancangan dan impian dalam sukan sorak?
Ingin jadi juri sukan sorak di Asia.

Nasihat kepada remaja yang ingin berlakon dan atlet sukan sorak?
Berani hadir uji bakat dan sentiasa percayakan diri. Jangan bandingkan diri dengan individu lain. Fokus pada impian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI