fbpx

Suami isteri nyaris maut gas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di dalam rumah pasangan suami isteri yang cedera selepas satu tong gas LPG meletup di kediaman mereka di pangsapuri di Taman Kota Laksamana, di sini hari ini.

MELAKA – Sepasang suami isteri nyaris maut selepas tong gas petroleum cecair (LPG) di dapur kediaman mereka tiba-tiba meletup dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 57 tahun melecur dan cedera di kaki, tangan serta kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli, berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.01 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah (BBP) bersama-sama dua jentera serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 5.07 minit dan difahamkan satu letupan telah berlaku ketika pasangan suami isteri tersebut ingin memasuki rumah berkenaan.

“Letupan itu telah mengakibatkan mangsa wanita melecur di bahagian kaki serta cedera di kepala akibat terkena hentakan barang yang jatuh dan kini dirawat di zon merah, manakala suaminya cedera di tangan berada di zon kuning,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, mangsa memberitahu letupan berlaku ketika mereka membuka suis lampu di bahagian dapur.

“Sumber tenaga yang ada di situ adalah dari tong gas LPG sahaja, jadi kita percaya letupan berpunca dari gas memasak berkenaan.

“Pemeriksaan di lokasi turut mengesan rekahan sehingga di rumah sebelah dan dua buah kenderaan jenis BMW dan Hyundai dilaporkan mengalami kerosakan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI