fbpx

Lelaki jatuh sungai ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Nibong Tebal di sini semalam ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Oi Kian Wat, 56, ditemui dalam keadaan terapung di sungai tersebut oleh pasukan mencari dan menyelamat kita-kira pukul 10.40 pagi.

“Mayat ditemui dalam jarak kira-kira 5 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh semalam,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi urusan bedah siasat.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang kira-kira pukul 9.18 pagi.

Pihak polis menemui barangan peribadi mangsa bersama sebuah motosikal berdekatan lokasi dia dilaporkan terjatuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI