fbpx

Melaka hantar 55 petugas kesihatan ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad Mariman menyertai bacaan doa sebelum perlepasan lima petugas kesihatan ke klia2.

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menghantar 55 petugas kesihatan ke Sabah bagi membantu barisan hadapan (frontliner) di sana menangani peningkatan kes Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, petugas yang dihantar terdiri daripada pelbagai kategori perjawatan termasuk pakar perubatan, pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan.

“Selain itu, kita turut menghantar penolong pegawai kesihatan persekitaran, jururawat dan pembantu kesihatan awam.

“Sejak 8 Oktober lalu, seramai 35 petugas kesihatan telah dihantar ke zon merah di Sabah, manakala 20 lagi akan ke sana secara berperingkat termasuk lima daripada mereka dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perlepasan Pasukan Mobilasi Kesihatan Negeri Melaka ke Sabah.

Mengulas lanjut penempatan lima petugas kesihatan terlibat, Rahmad berkata, empat daripada petugas akan dihantar ke Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, manakala seorang lagi di Hospital Lahad Datu.

“Petugas-petugas ini akan membantu di dalam aktiviti siasatan dan saringan di lapangan, merawat kes-kes Covid-19 dan kes lain di hospital.

“Mereka juga akan membantu dalam pemeriksaan dan pengambilan sampel-sampel banduan di penjara serta aktiviti disinfeksi di tempat-tempat berisiko,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 31 petugas kesihatan negeri ini turut dihantar ke stesen-stesen kuarantin di Kuala Lumpur serta KLIA dan dua di Kedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI