fbpx

MCMC giat tangani isu kesalinghubungan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat menangani isu kesalinghubungan seluruh negara bagi merapatkan jurang digital antara sesebuah kawasan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, isu kesalinghubungan yang berlaku di beberapa lokasi seperti di Sabah dan Kedah telah diambil diberi perhatian dan diambil tindakan.

“MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk menaik taraf rangkaian internet di pusat internet komuniti berhampiran dengan Kampung Sapatalang, Sabah kepada sambungan gentian optik selaju 300 megabit sesaat (Mbps).

“Sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di Pitas dan Kampung Mengkapon sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan sebuah menara telekomunikasi di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, di Bukit Selambau, Kedah pula, katanya, sebuah menara pemancar sementara didirikan bagi memberi liputan yang lebih baik di kawasan itu.

Dalam perkembangan lain, MCMC turut menyedari keperluan rakyat bagi mempunyai rangkaian internet yang stabil dan keadaan tersebut bertambah signifikan susulan penularan Covid-19.

“Justeru, MCMC bersedia menerima cadangan-cadangan membina yang boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengalaman terbaik kepada pengguna selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2021,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI