fbpx

Suspek kes bunuh penoreh getah direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang penganggur yang juga suspek kes bunuh seorang penoreh getah di Kampung Plang di sini semalam, direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, tempoh reman bermula hari ini sehingga 17 November depan terhadap suspek berusia 30 tahun itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Tempoh reman tujuh hari ke atas suspek itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Gerik. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari semalam, mangsa, Halim Bahari, 61, maut akibat kecederaan parah di kepala setelah dihentak dengan batu-bata oleh suspek.

Pergaduhan yang berlaku di hadapan rumah mangsa itu berpunca daripada pertelingkahan lama antara suspek dan mangsa.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya diberkas dan mengaku terlibat dalam pergaduhan itu dan mencederakan mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI