fbpx

Rara nak letak jawatan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Young Syefura di akaun Twitter beliau.

PETALING JAYA – Berikutan tular sambutan hari jadi yang langgar prosedur operasi standard (SOP) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, spekulasi bertiup kencang mengenai perletakan jawatan ADUN DAP itu.

Dalam satu ciapan, beliau memaklumkan akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat.

“Saya akan membuat satu pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16hb November ini. Terima kasih,” katanya menerusi satu ciapan pagi tadi.

“Anda yang minta. Anda dapat,” katanya menerusi akaun @ysyefura.

Akaun itu merupakan akaun sementara beliau kerana mempunyai masalah untuk log masuk ke akaun pertama, @youngsyefura sejak semalam.

Netizen membuat spekulasi mengenai pengumuman tersebut adalah mengenai perletakan jawatan ADUN tersebut.

Seorang netizen, @shakiriff berkata lebih baik jika beliau meletakkan jawatan.

“Fikir mengenainya. Tiada guna pegang jawatan bertahun-tahun kalau label hipokrit tu lekat,” katanya.

Manakala seorang lagi pengguna Twitter, @alialsamm, berkata, meskipun dia tidak menyukai tindakan itu, namun Syefura tidak perlu meletakkan jawatan.

“Anda dipilih, anda sudah minta maaf. Anda sedang melakukan tugas anda (sebagai ADUN) dengan baik,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, Young Syefura Othman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

ADUN Pahang itu dilihat tiba di IPD Sepang pada pukup 9.15 malam ditemani lima orang rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI