fbpx

PKPD di empat lokaliti tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti ditamat hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Empat lokaliti itu ialah Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman di Pulau Pinang serta Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, di Lahad Datu, Sabah.

“Penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati situasi kes COVID-19 di penjara ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal di mana kes terakhir positif adalah pada 5 November lalu.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Pulau Pinang pada hari ini sebagaimana yang telah dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Bagi dua lokaliti di Sabah, Ismail memaklumkan, sehingga semalam, KKM mendapati kesemua keputusan 5,189 sampel saringan kedua telah diperolehi dengan kesemuanya adalah negatif.

“KKM juga mendapati tiada lagi kes baharu positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini dalam masa 18 hari terkini,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI