fbpx

Pengurus syarikat wang berlesen langgar penunggang motosikal maut memandu dalam keadaan mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LTU csr

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

KUANTAN – Pemandu kereta Toyota Camry yang melanggar seorang penunggang motosikal dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Haji Ahmad di Kuantan Sabtu lalu disahkan memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, berdasarkan ujian darah yang diterima mendapati suspek yang berumur 32 tahun yang merupakan pengurus syarikat wang berlesen itu berada dalam pengaruh alkohol.

“Jadi suspek pagi tadi dituduh di bawah Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mennyebabkan kematian.

“Bagaimanapun Orang Kena Tuduh (OKT) tidak mengaku salah dan berdasarkan arahan Majistret OKT ditahan sehingga tarikh sebutan semula kes pada 25 November ini,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarulzaman dalam kejadian pada Sabtu lalu seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal jenis Yamaha Legenda ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang dipercayai masuk ke laluan bertentangan kerana memotong sebuah kenderaan di Jalan Ahmad di sini.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu menyebabkan mangsa, Mohamad Uzair Nasaie Abdul Ruzak,28, yang dalam perjalanan ke Jalan Bukit Sekilau bertemu dengan bakal tunangnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu menyaksikan bakal tunangnya telah bergegas ke tempat kejadian dan hanya mampu melihat dan meratapi sekujur tubuh mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan keluarga mangsa yang reda dengan kejadian itu bagaimanapun agak terkilan kerana hajat anak kedua mereka itu untuk bertunang tidak kesampaian.

Bapa mangsa Abdul Ruzak Hussin,56, yang ditemui di rumahnya di Taman Bukit Indah Bentong berkata, mangsa telah membeli cincin pertunangan dan keluarga telah bersedia menghantar pinangan anak lelaki mereka itu dalam masa terdekat.

Jelas Abdul Ruzak keluarganya menyerahkan kepada pihak berkuasa melakukan siasatan dan tindakan mengikut lunas undang-undang dalam kejadian itu, – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI