fbpx

Pemandu lori ditahan ‘lalok’ langgar papan SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan pemeriksaan SJR yang dilanggar di Tol Simpang Ampat di sini semalam.

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori yang membawa muatan sangkar ayam ditahan selepas melanggar papan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Tol Simpang Ampat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pemeriksaan lanjut ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 26 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Katanya, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.30 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan anggota bertugas.

“Semasa melakukan SJR, sebuah lori 10 tan membawa muatan sangkar ayam dari arah Alor Gajah menghala ke Rawang, Selangor telah melanggar papan pemeriksaan sehingga menyebabkannya patah.

“Lori tersebut telah ditahan dan pemeriksaan lanjut ujian saringan air kencing ke atas pemandu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, lelaki tersebut kemudian telah ditahan dan diserahkan kepada pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah untuk tindakan lanjut.

Tambah Arshad, permohonan reman akan dibuat terhadap lelaki tersebut mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Dia akan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI