fbpx

Lori terundur sebabkan kemalangan tiga lagi kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi perlanggaran tersebut.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BERA – Dua pemandu kereta dan seorang pemandu lori mengalami detik mencemaskan selepas sebuah lori membawa muatan batu yang sedang melalui jalan berbukit terundur ke belakang menyebabkan kejadian kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 38 Jalan Temerloh-Bahau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi menyaksikan lori berkenaan terundur dan melanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita sebelum melanggar sebuah lagi lori menyebabkan lori berkenaan terundur dan melanggar sebuah lagi kereta di belakangnya.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu sebuah lori yang membawa muatan batu dalam perjalanan dari arah Bahau ke Temerloh.

“Apabila sampai ditempat kejadian lori muatan batu itu tidak lepas mendaki bukit lalu terundur kebelakang dan terus terlanggar kereta sebelum kereta berkenaan berpusing ke belakang.

“Selepas itu lori muatan batu itu terus meluncur kebelakang lalu terlanggar sebuah lagi lori membawa muatan batu menyebabkan lori itu teranjak kebelakang dan terus terlanggar sebuah kereta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori membawa muatan batu di hadapan dan siasatan masih giat dilakukan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam kes berasingan semalam sebuah lori membawa muatan baja terbalik melintang jalan di tempat kejadian yang sama menyebabkan lalu lintas kedua-dua arah terhalang.

Bagaimanapun katanya pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

“Berdasarkan siasatan apabila tiba di Kilometer 38 Jalan Temerloh-Bahau tiba-tiba mopam pin treler patah menyebabkan pemandu lori gagal mengawal lorinya yang terbalik melintang jalan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI