fbpx

8 pasukan sokong langkah MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL (kiri) dan Manzoor menyokong langkah MFL kemuka rayuan untuk meneruskan siangan Piala Malaysia.

LAPAN pasukan yang beraksi pada suku akhir Piala Malaysia musim ini menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan sai­ngan tertua Asia Tenggara itu.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menjelaskan, skuad bimbingannya bersedia untuk beraksi di dua venue berkecuali yang telah dicadangkan MFL iaitu­ Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan bagi aksi suku akhir.

Menurut Aidil, beliau ya­kin anak-anak buahnya tiada masalah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat atau pendekatan kuarantin.

“Paling penting adalah ke­selamatan semua orang dan saya tiada masalah kalau beraksi di venue berkecuali termasuk dari segi persiapan pemain ke­rana semua pasukan lain bakal berdepan nasib sama.

“Ia adalah perancangan adil untuk semua pasukan dan saya harap sesuatu yang positif akan diputuskan. Apa-apa pun, kami tetap menghormati apa jua pe­rancangan daripada MFL dan keputusan pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira pula menyifatkan rayuan yang dikemukakan MFL adalah wajar memandangkan saingan Piala Malaysia cuma tinggal beberapa perlawanan lagi.

Baginya, cadangan MFL untuk mengadakan perlawanan di ve­nue berkecuali adalah langkah terbaik apatah lagi jumlah pasukan juga berkurangan sebaik sahaja tamat pusingan suku akhir.

Sementara itu, pengendali Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff turut menyokong seandainya pihak kerajaan memberi lampu hijau agar saingan Piala Malaysia diteruskan, asalkan ia tidak menganggu kontrak pemain yang akan berakhir penghujung bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI