fbpx

TLDM usir tiga bot nelayan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bot nelayan Indonesia yang berjaya di usir TLDM di perairan Pulau Perak petang semalam.

PETALING JAYA – Tindakan pantas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengusir keluar tiga buah bot nelayan Indonesia yang dikesan memasuki perairan negara semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, Maritime Component Commande (MCC) telah mengesan kehadiran bot nelayan asing itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Kata mereka, ketiga-tiga bot nelayan berkenaan di kesan berada pada kedudukan 26 batu nautika selatan Pulau Perak.

“Susulan maklumat itu, kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut dan Op Pejarak sekitar perairan terbabit telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi tersebut, KD Laksamana Tan Pusmah mendapati sebanyak tiga bot nelayan Indonesia sedang bertambat di boya berdekatan dalam perairan negara Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, KD Laksamana Tan Pusmah telah melakukan pengusiran dengan mengiringi bot-bot nelayan tersebut sehingga keluar dari perairan negara kira-kira pukul 4 petang semalam.

Jelas mereka, TLDM sentiasa memperkasakan OP Benteng dan sentiasa komited dalam
menjalankan tugas mengawal perairan negara dan mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada masa sama, TLDM turut melakukan pemantauan dan kawalan terhadap bot nelayan asing yang menjalankan aktiviti perikanan secara haram yang boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI