fbpx

Penghantar makanan maut nahas dengan bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan di kilometer 42, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pusat Perniagaan Gunung Tahan Utama, Kendong, dekat sini, malam tadi.

REMBAU – Seorang penghantar makanan maut beberapa jam selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 42, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pusat Perniagaan Gunung Tahan Utama, Kendong dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu, mangsa, V. Shatish, 23, dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam semasa menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tampin.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Anuar Bakri Abdul Salam, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal yang dinaiki mangsa jenis Yamaha Lagenda dan bas henti henti.

“Berdasarkan siasatan awal mangsa dari arah Seremban menuju ke Tampin. Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa
hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan merempuh bas yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan, mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia di Zon Merah ketika mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Anuar berkata, pemandu bas iaitu lelaki berusia 57 tahun dan seorang penumpang iaitu perempuan berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mangsa dibedah siasat di Hospital Tampin pagi ini untuk mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI