fbpx

Semua sekolah ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Semua sekolah di seluruh negara akan ditutup bermula esok sehingga hari akhir persekolahan tahun ini pada 17 Disember depan.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, langkah itu dibuat bagi membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19.

Bagaimanapun katanya, proses pembelajaran secara ‘Home Based Learning’ tetap akan dijalankan oleh guru kepada murid-murid.

“Guru akan ditempatkan di stesen bertugas masing-masing.

“Peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia akan bermula pada 22 Februari 2021 manakala STPM 7 Mac 2021,”katanya di sini hari ini.

Tambah beliau,  ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid-murid yang tinggal di asrama namun, murid boleh kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil pulang.

Dalam pada itu, Mohd. Radzi berkata, penggal persekolahan tahun depan akan bermula pada 20 Januari 201 untuk semua murid sekolah rendah.

“Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid kolej vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.

“Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI