fbpx

Potongan harga 50 peratus untuk rakyat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Rakyat Melaka kini berpeluang menikmati potongan harga sebanyak 50 peratus di 18 lokasi pusat pelancongan sempena program “Melakan Visit Melaka 2020” yang diperkenalkan kerajaan negeri hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pakej pelancongan itu ditawarkan sebagai inisiatif untuk memastikan ekonomi sektor pelancongan negeri ini tidak terus menguncup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelasnya, langkah proaktif itu juga dilakukan selepas mengambil kira peranan besar sektor tersebut iaitu sebanyak 48 peratus menyumbang kepada pendapatan negeri.

“Melakan diperkenalkan bagi memastikan sektor pelancongan dapat dihidupkan, sekali gus memberi pulangan langsung kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Saya yakin menerusi usaha berkenaan akan mampu menyelamatkan sektor terbabit disamping membolehkan sektor-sektor lain dapat dijalankan dengan sempurna tanpa dijejaskan dengan pelaksanaan PKPB,” katanya selepas melancarkan ‘Melakan Visit Melaka 2020’ di Banda Hilir hari ini.

Katanya, sebanyak 18 lokasi pelancongan ditawarkan kepada pengujung sepanjang tempoh PKPB ini ialah Melaka River Cruise, Muzium Hantu Melaka, sembilan muzium dan dua galeri di bawah Perzim, Mini Malaysia dan Asean Cultural Park, Zoo Melaka dan Rumah Terbalik Melaka.

Turut ditawarkan adalah pakej di Bayou Lagoon Water Park, Muzim Magic Art 3D, Monorail Melaka, Flyboard Melaka, Melaka Tropikal Fruit Farm, Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah dan Bio Silver Asahan Water Theme Park.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Akramuddin Abd. Aziz; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Datuk Murad Husin dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Shaari Basiron.

Tambahnya, rakyat negeri ini juga boleh beriadah di Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Kolam Air Panas Jasin, Kolam Air Panas Cerana Putih, The Shore Sky Tower dan aktiviti berbeca di Banda Hilir.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, beliau akan mengemukakan cadangan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri bersama Jabatan Kesihatan negeri supaya memberi sedikit kelonggaran terhadap sekatan merentas daerah susulan pelaksanaan PKPB.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI