fbpx

Satu sahaja positif di Temco Taman Sungai Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan penduduk Temco di Jalan Emas 31 dan 32, Taman Sungai Emas, Kuala Langat menerima bekalan makanan daripada sebalik kawasan berduri yang dipasang di kawasan tersebut . FOTO : ZULFADHLI ZAKI

KUALA LANGAT – Hanya seorang penduduk sahaja disahkan positif Covid-19 hasil saringan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di Taman Sungai Emas bermula 28 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Kuala Langat, Mohd. Jusni Hashim berkata, individu itu dikesan menerusi penggeledahan pintu ke pintu yang dijalankan pihak berkuasa di Temco berkenaan.

“Sebelum Temco dijalankan, kita telah membuat saringan awal pada 18 Oktober lalu dan mengesan 42 kes positif di kawasan ini dan tambahan satu kes selepas Temco dilaksanakan di sini.

“Berdasarkan rekod, jumlah penduduk yang telah disaring adalah 1,024 orang berbanding jangkaan awal kita seramai 1,300 individu,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Temco berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima sumbangan makanan daripada NGO yang disampaikan Komandan Jabatan Amal Kuala Langat, Zulkifli Mohamad Harun.

Menurut beliau, kesemua mereka yang positif telah menjalani rawatan dan didapati telah bebas Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mohd. Jusni (tengah depan) menerima sumbangan makanan daripada Zulkifli (dua kanan) di Temco Taman Sungai Emas di sini hari ini.

Ujar beliau, pihaknya menerima kerjasama yang baik daripada penduduk di Flat Sungai Emas dan taman perumahan di Jalan Emas 31 dan 32, sepanjang tempoh Temco itu yang dijangka akan berakhir pada 10 November depan.

“Sepanjang tempoh Temco ini juga kerajaan negeri telah mengedarkan bantuan makanan pada hari kedua selain sumbangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan persendirian setiap hari.

“Kita juga mendapati tahap psikologi penduduk berada di tahap terbaik dengan surat Annex 17 iaitu pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 diberikan kepada mereka yang telah negatif untuk keluar bekerja dan membeli barangan keperluan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI