fbpx
HISHAM (kiri) dan Afiq melahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan memberi sokongan terhadap industri e-Sukan.

RM15 juta peruntukan buat e-Sukan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIMBALAN Presiden Persa­tuan e-Sukan Malaysia, Afiq Fadh­li Narawi melahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan dalam memberi sokongan terhadap industri e-Sukan pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Afiq berkata, meskipun berdepan kekangan ekonomi akibat pandemik Covid-19, namun kerajaan masih komited untuk membantu industri ­e-Sukan dengan pemberian peruntukan berjumlah RM15 juta bagi program pembangunan.

“Kita menyambut baik sokongan daripada pihak kerajaan kerana memberi suntikan dana sebanyak RM15 juta walaupun berkurangan berban­ding Belanjawan 2020, tapi kita faham dengan penularan pandemik Covid-19 ini.

“Kami bersyukur dan berte­rima kasih kepada pihak kerajaan kerana masih memberi sokongan kepada industri e-Sukan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL), Hisham Darus nyata terkejut dengan pengumuman kerajaan dan berharap peruntukan yang diberikan itu mampu membangunkan e-Sukan pada tahap lebih tinggi.

“Kita tidak jangka kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta. Kita faham situasi yang dihadapi kerajaan ketika ini yang menghadapi peperangan Covid-19.

“Saya harap mereka yang berwajib dapat memanfaatkan peruntukan ini sewajar dan seadilnya. Selain itu, peruntukan itu mampu membangunkan ekosistem ekonomi dan peraduan para belia di Malaysia secara amnya,” ujarnya.

POPULAR