fbpx

Belanjawan besar bukti kerajaan prihatin kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika di sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan hari ini.

KOTA BHARU – Belanjawan 2021 yang melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu RM322.5 bilion menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah belanjawan berdasarkan tiga matlamat utama itu juga menandakan keyakinan kerajaan yang berkeupayaan mengembalikan semula selepas negara mengalami tekanan akibat Covid-19.

Katanya, sehubungan dengan itu, semua Ahli Parlimen harus mengambil sikap positif dalam membahaskan Belanjawan 2021 kelak dan jangan bersikap sengaja mencari salah dengan meyasarkan beberapa perkara sehingga menenggelamkan skop utama belanjwan.

“Saya percaya, mungkin akan ada yang memberi reaksi spontan selepas mendengar perbentangan belanjawan. Selepas beberapa hari, mungkin semua orang sudah boleh menghadamnya.

“Saya yakin kita akan mendapat banyak pandangan positif dan syor tertentu selepas dua minggu perbahasan sebelum menteri diberi masa untuk jawapan balas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO negeri di Pejabat Perhubungan UMNO di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah tersendiri sebagai belanjawan terbesar yang pernah diumumkan oleh kerajaan.

Belanjawan bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ yang dibentangkan itu menyediakan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion, meningkat 25.48 bilion berbanding Belanjawan 2020.

Mengulas lanjut, menurut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, beliau akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan sebanyak RM956.7 juta yang diberikan kepada Kementerian Wilyah Persekutuan.

“Kita akan memberi tumpuan kepada kesejahteraan bandar dan penduduk di Kuala Lumpur khususnya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI