fbpx

PH tolak Belanjawan 2021 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Pakatan Harapan (PH) menggesa semua Ahli Parlimen untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 semasa bacaan kali ketiga di Parlimen esok.

Katanya, Belanjawan 2021 dilihat tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi.

“Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa apa yang diumum Menteri Kewangan sama ada sewaktu pengumuman atau penggulungan Belanjawan 2021 mahupun dalam siri kenyataan media tidak memenuhi apa yang dipohon dan diharapkan ramai Ahli-Ahli Parlimen malah juga rakyat amnya.

“Ini termasuklah isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), isu moratorium pinjaman bank, isu bantuan kepada petugas barisan hadapan dan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, isu pendidikan anak-anak kita, pendapatan yang berkurangan, pekerjaan yang hilang, kos sara hidup yang makin meningkat dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti-parti komponen PH.

Justeru, PH menggesa Ahli Parlimen tidak kira blok kerajaan atau pembangkang untuk menolak Belanjawan 2021 esok.

PH sebelum ini telah menyatakan akan membahaskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa, sebelum membuat undian belah bahagi pada bacaan kali ketiga yang dijadualkan pada esok. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI