fbpx

Belanjawan 2021: Komputer riba untuk 150,000 murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan Perikatan Nasional  mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, syarikat milik kerajaan  (GLC) dan  Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak 150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba tersebut.

“Dalam norma baru ini, pembelajaran secara online telah menjadi satu amalan.

“Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI