fbpx

Agong zahir ucapan tahniah kepada Zyson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zyson menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Zyson Kang Zy Shun, 9, yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (kategori bawah 11 tahun) anjuran Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) baru-baru ini.

Istana Negara di laman Instagram berkata, ciptaan Zyzon yang merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor itu, Spacesuit Lunar Toilet membolehkannya menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Zyson yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan memberi yang terbaik serta berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia,” kata kenyataan itu.

Spacesuit Lunar Toilet memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada dalam kapal angkasa.

Ciptaan unik itu tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri namun hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan, justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak.

Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal.

Tambah Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Zyson dan mendoakan semoga beliau sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta terus menyumbang kepada negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI